Wanita bekerjaya zaman sekarang semakin sibuk, malah kadang-kadang tidak
sempat untuk mengenakan sebarang solekan di wajah akibat mengejar masa.
Disebabkan itu, ada wanita yang melangkah ke pejabat dengan kurang
keyakinan diri . Tidak semestinya anda hendak ke pejabat perlu
mengenakan solekan yang tebal semata-mata untuk kelihatan cantik malah
ada yang sebaliknya. Jadi, biarlah solekan anda ringkas tetapi anda
tampil anggun dan penuh berkeyakinan. Di sini, ada beberapa tips solekan
mudah dan ringkas untuk diamalkan oleh setiap wanita bekerjaya:
Kulit Licin
Memakai solekan haruslah menampakkan wajah yang asli. Seseorang wanita
itu haruslah memakai bedak asas berunsurkan cecair atau lebih dikenali
sebagai liquid foundation. Bedak asas ini harus disapu nipis
pada dahi, hidung dan dagu. Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak,
anda hendaklah menekap wajah anda dengan tisu pada waktu tengah hari
atau ketika panas bagi mengelakkan wajah kelihatan berkilat.
Sapuan Lembut Bulu Mata
Mungkin ada yang menganggap pemakaian maskara ke pejabat tidak penting
tetapi sapuan lembut pada bulu mata anda sudah cukup memberikan impak
yang berbeza kepada wajah anda, lebih-lebih lagi jika anda mengenakan
maskara dari tona warna semulajadi yang selain dari warna hitam.
Kilauan Asli di Bibir
Jika ke pejabat, anda tidak perlu mengenakan gincu bibir berwarna terang
seperti merah cabai. Cukuplah sekadar mengenakan calitan warna asli
seperti warna coklat pic, beige ataupun merah jambu. Jangan sesekali
memakai pengilat bibir kerana ianya menampakkan anda kelihatan terlalu
seksi apabila ke pejabat.
Sentuhan Pemerah Pipi
Pemerah pipi juga haruslah dipadankan dengan warna asli seperti coklat
agar tidak terlalu menonjol. Harus diingat bahawa anda hanya ke pejabat
dan bukannya ke majlis makan malam. Pada asasnya solekan ke pejabat
haruslah ringkas dan semulajadi. Jangan sampai anda kelihatan seperti
badut semata-mata untuk kelihatan cantik. Biar ringkas dan mudah untuk
anda ke pejabat tetapi tetap menawan, anggun dan berkeyakinan.
Last post (maybe) Selamat Hari Raya!
-
Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
Its been awhile since this blog has been abandoned. Too sad but life must
goes on. Terfikir nak delete o...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan