Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin
perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka.
Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan
berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira
oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama
di hari berbahagia tersebut.
Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri
wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan
ringkas.
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan
memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di
mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke
atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari
sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak
mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !
30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai
khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar
saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga
warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk
mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian
bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam
kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga
berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.
Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan
moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun
kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia
akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih
warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi
menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju
ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat
pilihan yang bijak.
Last post (maybe) Selamat Hari Raya!
-
Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
Its been awhile since this blog has been abandoned. Too sad but life must
goes on. Terfikir nak delete o...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan