Isnin, 11 Februari 2013

Fesyen Tudung Pengantin

Ratu sehari sekarang lebih bergaya dalam mengenakan busana pertunangan mahupun pernikahan. Di majlis pernikahan, sudah tentu bakal pengantin perempuan akan mencari busana yang sesuai untuk dipakai terutamanya apabila majlis tersebut akan berlangsung di masjid.

Pemakaian anak tudung yang senang dibentuk, boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Anak tudung yang bersegi ini mempunyai 'awning' yang sentiasa menjadi pilihan.
Anak tudung manik juga sesuai dipakai bagi yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Terdapat beberapa fesyen atau gaya tudung yang boleh dipilih mengikut citarasa anda seperti contohnya fesyen Gipsi. Ia digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Pengantin boleh menggunakan sehelai tudung dan buat ikatan bunga di tepi dan letakkan sehelai layah.

Fesyen tudung ini juga sudah semestinya menitikberatkan gaya yang sopan dan anggun. Konsep ini boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai 'awning' dan cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher.

Seterusnya, pengantin juga boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.

Konsep moden kontemporari juga sentiasa menjadi pilihan bagi pasangan mempelai. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula ialah dengan menggunakan kain net. Lilitkan kain tersebut di kepala dan ambil pula lapisan kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon dan bentukkan separuh bulat. Letak aksesori yang sesuai seperti kerongsang agar seri pengantin bertambah cantik dan menyerlah.

Warna yang sesuai dipilih untuk majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu, biru tirus, ungu kundang, dan merah jambu. Bagi majlis persandingan pula, warna-warna pilihan eslalunya adalah biru gelap, coklat, hijau lumut, ungu nila, merah serta merah dan putih. Apa yang penting pemakaian tudung haruslah tampak sopan, ayu dan anggun.

Tiada ulasan:

Kelebihan RJE sebagai Perunding Majlis Perkahwinan Anda..

Kepakaran kami adalah membantu menyelesaikan masalah bakal pengantin yang ingin mendapatkan JURUSOLEK PEREMPUAN dan Servis Pengantin hingga selesai Majlis.

Kami menyediakan pakej perkahwinan pada harga yang berpatutan dan sistem bayaran yang mudah.

Kami juga membantu pengantin mendapatkan perkhidmatan JURUGAMBAR PERKAHWINAN yang mesra pengantin dan berpengalaman mengambil gambar sepanjang majlis perkahwinan.

"Sistem Mudah dan Mesra Pelanggan"

Tidak Mahu Terlepas PROMOSI dari Kami? Isikan Borang Di Bawah :

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.

Catatan Popular

BlogList