RAMBUT.. Dianggap sebagai mahkota wanita, rambut juga memiliki rahsia tersembunyi
diri setiap wanita. Jika ingin ketahui apakah rahsia itu, ayuhlah baca
dan nilai sendiri.
Rambut lurus
Dari segi fesyen, anda memang seseorang yang bijak bergaya. Anda tidak
perlu meminta bantuan sesiapa dalam pemilihan pemakaian. Sememangnya,
anda bijak berkata-kata dan berperwatakan ceria. Namun, anda juga mudah
cemburu dan suka bersaing.
Rambut kerinting (tebal)
Dari sudut positifnya, anda seorang yang sangat peramah dan mudah
didekati. Oleh itu, sudah tentunya anda mempunyai ramai kenalan. Jadi,
tidak hairainlah anda disayangi ramai malah anda juga agak romantik.
Walaubagaimanapun, anda agak degil dan keras kepala dan sentiasa
merasakan diri anda sahaja yang betul.
Rambut kerinting (halus)
Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis ini sebenarnya seorang yang
bijak namun ada sedikt ego dan cerewet. Dalam berpasangan pula, anda
seorang yang romantik tetapi agak cemburu buta. Ini membuatkan pasangan
anda kurang selesa.
Rambut ikal mayang
Individu yang mempunyai rambut begini pula seringkali memiliki rupa
paras yang comel. Bukan seorang yang terburu-buru dalam mengatur langkah
dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu.Orang ramai suka dengan
bergaul dengan anda kerana anda seseorang yang berfikiran terbuka dan
mudah memaafkan seseorang.
Rambut beruban
Tidak bijak mengatur sesuatu dan suka termenung. Tetapi, anda bersikap
sangat terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain serta pandai
menyelesaikan masalah sendiri.
Rambut kusut
Seseorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang. Walaupun
anda mudah didekati, tetapi anda sebenarnya seorang yang agak bengis
tetapi anda tidak suka marah tanpa usul periksa. Namun, jika disakiti,
anda tidak mudah memaafkan orang yang menyakiti.
Rambut halus / lembut
Seorang yang agak cerewet tetapi manja dengan orang di sekeliling.
Malah, anda juga seorang yang tegas dengan pendirian dan mudah memaafkan
orang lain. Dalam pekerjaan, anda boleh diharap dan cekap serta cepat
melakukan sesuatu yang diminta.
Last post (maybe) Selamat Hari Raya!
-
Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
Its been awhile since this blog has been abandoned. Too sad but life must
goes on. Terfikir nak delete o...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan