Fesyen Bohemian bermula semenjak zaman 70an lagi dan kini kembali
dengan gaya yang lebih segar, menawan dan sudah tentunya lebih memukau.
Walaupun cukup santai tetapi pada masa yang sama gaya sebegini menarik
perhatian sesiapa sahaja yang memandang.
Gaun Labuh
Sememangnya gaun labuh menjadi pilihan setiap gadis yang gemarkan fesyen
Bohemian ini. Gaun labuh ini selalunya berwarna tanah dan bercorak
abstrak. Penggayaan gaun labuh masih tetap cantik dan menawan walaupun
sederhana.
Kardigan
Untuk memberi impak yang lebih menawan kepada gaun labuh yang dipakai,
kardigan labuh yang besar sangat sesuai dipadankan. Ini menampakkan si
pemakai atau gadis Boho ini lebih menarik. Pastikan warna kardigan yang
dipakai adalah lebih terang dari warna gaun labuh agar anda kelihatan
lebih menonjol.
Aksesori
Jangan sesekali lupakan aksesori. Dengan pemakaian aksesori, anda akan
kelihatan sangat menarik dan cantik sehingga memukau mata yang
memandang.
Kasut
Gadis Boho tidak memakai kasut tumit tinggi jadi elakkan dari
memakainya. Fesyen Bohemian ini agak santai iaitu hanya kenakan pakaian
anda dengan sandal yang ringas dan cantik. Sesekali untuk kelihatan
lebih memukau, anda boleh juga memakai kasut but yang berwarna tanah
atau keperang-perangan.
Beg Tangan
Pilihlah beg tangan yang ringkas dan berwarna lembut. Jangan sesekali
membawa beg tangan yang bercorak kerana ini menampakkan anda kelihatan
agak serabut dan pelik.
Last post (maybe) Selamat Hari Raya!
-
Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
Its been awhile since this blog has been abandoned. Too sad but life must
goes on. Terfikir nak delete o...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan