Sukarnya mengekalkan
kejujuran dan begitu mudah anda melampiaskan kemarahan kepada pasangan
dan anak-anak? Jom kenali diri, siapa anda dan mengapa perlu mengubah
sikap mulai sekarang!
Kita memang mudah rasa
marah, tidak puas hati dan bersangka buruk terhadap orang lain. Inilah
perkara-perkara negatif yang sering membelenggu hidup. Dalam rumah
tangga, kalau suami balik lewat, isteri mesti marah-marah. Memikirkan
yang bukan-bukan. Beranggapan mungkin suami ada perempuan lain di luar
sana. Bagi suami pula, kalau nampak isteri bersiap cantik-cantik ke
pejabat, dalam hatinya mesti terdetik, lelaki manalah dia nak mengurat
kat pejabat tu?
Akibatnya, masing-masing timbul rasa tidak puas hati.
Akibatnya, masing-masing timbul rasa tidak puas hati.
Kalau sudah ada
prasangka, pantang ditanya sikit, mesti nak melenting. Masing-masing
mulalah tunjuk ‘belang’. Marah tak pasal-pasal. Silap-silap anak-anak
yang langsung tak ada kena mengena terkena tempiasnya. Masing-masing
hendak menang. Langsung tidak mahu mengalah. Semua ini kerana percaya
diri betul. Bayangkanlah jika hal ini berlarutan, porak-perandalah rumah
tangga. Jadi, sedarlah cepat sebelum terlambat.
Peliharalah rumah tangga yang sudah dibina sebaiknya agar berbahagia anda di dalamnya dan kata-kata rumah ku syurga ku menjadi kenyataan.
Peliharalah rumah tangga yang sudah dibina sebaiknya agar berbahagia anda di dalamnya dan kata-kata rumah ku syurga ku menjadi kenyataan.
1. Jujur
Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap
pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk
terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila
hati sudah bersih, anda pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.
2. Bertanggung jawab
Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab
masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri
menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku
pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang
bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan
dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. Bagi isteri dan
anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan
perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.
3. Berwawasan
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk
menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama
agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu
sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa
kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.
4. Disiplin
Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri
malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh
agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin
teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.
5. Bekerjasama
Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika
dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul,
ringan sama dijunjung.
6. Adil
Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah
sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan
damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang
konsep adil itu sendiri melaksanakannya.
7. Prihatin
Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di
dalam keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka
setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini
penting bagi mengelakkan ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan
sepatutnya yang telah ditetapkan oleh anda.
Kewajipan suami
- Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
- Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
- Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.
Kewajipan isteri
- Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
- Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
- Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.
11 amalan mulia dalam keluarga
- Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
- Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
- Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
- Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
- Saling sayang-menyayangi.
- Boleh bertolak ansur.
- Bertanggungjawab dan amanah.
- Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
- Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
- Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
- Sentiasa senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan