Sukarnya mengekalkan
kejujuran dan begitu mudah anda melampiaskan kemarahan kepada pasangan
dan anak-anak? Jom kenali diri, siapa anda dan mengapa perlu mengubah
sikap mulai sekarang!
Kita memang mudah rasa
marah, tidak puas hati dan bersangka buruk terhadap orang lain. Inilah
perkara-perkara negatif yang sering membelenggu hidup. Dalam rumah
tangga, kalau suami balik lewat, isteri mesti marah-marah. Memikirkan
yang bukan-bukan. Beranggapan mungkin suami ada perempuan lain di luar
sana. Bagi suami pula, kalau nampak isteri bersiap cantik-cantik ke
pejabat, dalam hatinya mesti terdetik, lelaki manalah dia nak mengurat
kat pejabat tu?
Akibatnya, masing-masing timbul rasa tidak puas hati.
Kalau sudah ada
prasangka, pantang ditanya sikit, mesti nak melenting. Masing-masing
mulalah tunjuk ‘belang’. Marah tak pasal-pasal. Silap-silap anak-anak
yang langsung tak ada kena mengena terkena tempiasnya. Masing-masing
hendak menang. Langsung tidak mahu mengalah. Semua ini kerana percaya
diri betul. Bayangkanlah jika hal ini berlarutan, porak-perandalah rumah
tangga. Jadi, sedarlah cepat sebelum terlambat.
Peliharalah rumah
tangga yang sudah dibina sebaiknya agar berbahagia anda di dalamnya dan
kata-kata rumah ku syurga ku menjadi kenyataan.
7 sifat mulia dalam rumah tangga